Takwim

Assalamualaikum WBT
Lebih kurang 15 hari lagi kita akan berpuasa, semua umat islam rasanya tak sabar-sabar lagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan... bulan yang penuh dengan rahmat & keberkatan,
melihat anak bulan
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telahpun mengeluarkan senarai rasmi tarikh mencerap anak bulan bagi tahun 1432H / 2011M
- Tarikh mencerap anak bulan Ramadan untuk penetapan tarikh awal puasa 2011 pada 31 Julai 2011
- Tarikh mencerap anak bulan Syawal untuk penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2011 pada 29 Ogos 2011
Berdasarkan kalendar islam 1432H/2011M yang telah dikeluarkan juga, tarikh awal puasa atau 1 Ramadhan dijangkakan pada 1 Ogos, 2011 manakala tarikh 1 syawal pula bersamaan 30 Ogos 2011.

Sehubungan dengan itu jua pihak Surau Al-Ukhuwah juga telah pun menyiapkan takwim Ramadhan iaitu berkaitan solat Terawih untuk rujukan anak kariah.