Tuesday, September 4, 2012

Saturday, August 4, 2012

Saturday, July 30, 2011

Majlis Penyampaian Cek Program Ihya Ramadhan 1432H

Bersempena dengan ketibaan Ramadhan 1432H, YB Azmin b. Ali telah sudi menyampaikan sumbangan untuk program Ihya' Ramadhan 1432H kepada masjid-masjid & surau-surau yang berada di dalam kawasan pentadbiran  DUN Bukit Antarabangsa yang telah diadakan pada 30hb Julai, 2011 di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat.

Alhamdulillah semua masjid dan surau pada tahun ini menerima sumbangan cek berjumlah RM 5,000 dan juga 5 naskhah Al-Quran untuk tujuan pemgimarahan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Surau Al-Ukhuwah diwakili oleh Pengerusinya Hj Zainal Ali bersama2 memeriahkan majlis tersebut dan makan tengahari bersama-sama semua pengerusi masjid dan surau yang hadir

Dalam ucapan YB Azmin menyaran agar pihak AJK Masjid dan Surau mempergiatkan usaha ke arah menjana program-program Ihya' Ramadhan demi mencapai matlamat ibadah puasa iaitu meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. dan tidak terhenti setakat berakhirnya Ramadhan tetapi terus istiqamah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan institusi masjid dan surau sebagai pusat transformasi masyarakat bagi menjana kekuatan umat Islam dan menjalin semangat ukhuwwah dalam masyarakat.

Majlis yang cukup ringkas dan bermakna berakhir pada jam 3 petang dan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.